anak desa darulnaim

Isnin, 21 Disember 2009

Khamis, 17 Disember 2009


Tahukah Anda?


1.Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

2.Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

3.Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya.

4.Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.

5.Setiap tahun, Selat Inggeris yang memisahkan England dan Perancis melebar sebanyak 300 milimeter.

6.Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A.

7.Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya untuk berfikir; selebihnya untuk aktiviti lain atau mencetuskan pergerakan luar kawal.

8.Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk jantung.

9.Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

10.Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

11.Jambatan gantung dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda, Jepun dikatakan paling panjang di dunia. Berukuran 124 meter panjang dan 4 meter lebar, bahagian tengah bersambung untuk memudahkan ia diangkat apabila kapal lalu di bawahnya. Kos pembinaan adalah lebih murah daripada membuat terowong bawah laut.

12.Tikus kasturi, mamalia paling kecil didunia makan empat kali lebih berat badannya dalam masa 36 jam.

13.Kanak-kanak menghabiskan lebih banyak masa mempelajari tentang kehidupan melalui media terutamanya tv. Secara purata seorang kanak- kanak menghabiskan kira-kira 28 jam seminggu menonton tv, dua kali ganda lebih banyak daripada masa mereka di sekolah.

14.Anugerah Oscar mendapat namanya pada 1928 apabila Margaret Harrick, Pengarah Eksekutif Academy of Motion Picture Arts and Science USA mendapati bahawa ukiran patung manusia itu mempunyai rupa yang seiras dengan bapa saudaranya, Oscar.

15.Semut berkomunikasi dengan menggosokkan sesungutnya.

16.Ikan jerung boleh mengesan satu bahagian darah dari 100 juta bahagian air.

17.Penguin adalah satu-satunya burung yang boleh berenang tapi tak boleh terbang.

18.Kanggaru dan burung emu tak boleh berjalan ke belakang.

19.Kanggaroo tak boleh melompat melainkan ekornya menyentuh tanah dulu.

20.sebelum meninggal dunia, pendengaran adalah deria terakhir yang akan meninggalkan tubuh kita. Deria pertama yang akan ‘pergi’ ialah penglihatan, diikuti oleh rasa, bau dan sentuh.

mengapa perlu berkahwin













1. Aku tidak mahu berkahwin!, Aku bosan dengan orang lelaki yang berhidung belang! Lelaki sekarang hanya mahu kepuasan nafsu sahaja tapi tidak reti untuk membimbing! Nak jadi imam pun tak tahu.. Solat jauh sekali!!

2. Buat ape aku perlu berkahwin? aku dah ada kerjaya sendiri. Hidup aku lebih aman damai, tak perlu ribut tentang anak-anak. Aku enjoy dengan kehidupan sekarang nih.

3. Saya takutlah nak berkahwin, tak bersedia, nanti banyak sangat komitmen..

4. Mampukah saya menjadi isteri/suami yang baik?.. Berkahwin bukan untuk bercerai..

*****

Mungkin kita pernah mendengar pernyataan di atas yang berbentuk luahan hati dan perasaan dari sahabat kita atau orang yang pernah merasakan kepahitan hidup akibat dari latarbelakang keluarga yang tidak harmoni. Bahkan juga dari mereka yang takut dan risau memberikan komitmen dalam perkahwinan.

Zaman ini, menunjukkan ramainya mereka yang bekerjaya profesional, hidup mewah tidak mahu berkahwin. Terutamanya apabila yang sudah mempunyai pendapatan tetap sendiri, dirasanya hidup tidak perlu kehadiran orang lelaki/perempuan..


Mengapa Perlu Berkahwin ?

Persoalan di atas adalah soal pokok terutamanya mereka yang akan berkahwin, 'bercouple', dan juga kepada mereka yang tidak mahu berkahwin samada takut, risau, serta alasan yang lain. (Kecuali mereka yang mempunyai penyakit yang boleh mendatangkan bahaya atau kecacatan kepada pasangan seperti HIV, AIDS, sopak dan kusta. Serta mereka yang mempunyai sikap yang jahat, tidak mahu/mampu memberi nafkah kepada isteri, mahu mendera dan membalas dendam ke atas isteri/suami).

Perkahwinan sebenarnya adalah untuk menyahut seruan fitrah manusia yang telah difitrahkan oleh ALlah. Manusia mempunyai keinginan dan kehendak terutamnya di dalam persoalan seksual. Islam telah menetapkan jalan di mana perkahwinan sahajalah yang menjadi penyelesai masalah bagi memenuhi tuntutan tersebut.

Dari Abi Samrah r.a menyatakan :

Nabi melarang daripada hidup membujang.
(Riwayat at Tirmidzi dalam kitab perkahwinan, bab meninggalkan perkahwinan).

Saad bin Abi Waqqas r.a berkata :
"RasuluLLah telah menolak permohonan Osman bin Maz'un untuk hidup membujang. Kalaulah RasuluLlah membenarkannya nescaya kami akan mengembiri.
(Riwayat Muslim dlam Kitab Nikah, bab sunat berkahwinan bagi sesiapa yang berkeinginan, nombor 1402).


Di zaman ini, lihatlah, terdapat antara kita yang mempunyai keinginan tetapi disalurkan di jalan yang dimurkai ALLah. Ada yang menolak perkahwinan tetapi mereka tidak dapat membendung keinginan serta menjauhkan diri dari fitnah terhadap lelaki dan wanita. Ia sendiri tidak dapat menjaga diri dari anasir yang tidak elok. Akhirnya ada yang telah menghampiri kepada zina serta menjerumuskan diri di dalamnya. Anak-anak luar nikah dikandungnya, ada yang dibunuh, dibuang, dan juga dibela.

Ada juga yang mengatakan ingin sahaja membela anak angkat. Sayangnya di dalam Islam, anak angkat tidak pula dibolehkan mewarisi hartanya. Di masa tua pula, ia tetap juga merasa kesepian dan kelainan disebabkan anak yang dibela sejak kecil tetap bukan anak dari darah dagingnya sendiri.

Perkahwinan untuk melahirkan keturunan yang soleh dan berkualiti

Sabda RasuluLLah s.a.w yang bererti :
"Kahwinilah perempuan yang pengasih dan mampu melahirkan ramai anak kerana aku berbangga dengan umatku yang ramai pada hari kiamat.
(Riwayat Abu Daud dalam sunannya : KItab nikah, bab larangan daripada menikahi perempuan yang tidak boleh melahirkan anak, nombor 2050; An Nasai dalam kitab nikah, bab makruh mengahwini perempuan mandul, nombor 65/6)

Dengan jalan yang halal ini, maka ia dapat membentuk institusi kekeluargaan sekaligus institusi masyarakat Islam yang dipenuhi dengan generasi yang berkualiti. Jauh bezanya dengan anak yang lahir dari perbuatan zina. Mereka adalah generasi yang terbuang yang tidak mengenali sama sekali siapakah ibu dan ayah mereka. Mereka lahir dalam keadaan jiwa yang membenci dan dendam kepada kedua orang tuanya, masyarakat sekeliling dan manusia keseluruhannya.

Jiwa tenang dengan jalan pernikahan

Perkahwinan yang halal akan menghasilkan ketenangan dan ketenteraman. Firman ALLah ta'ala yang bererti :

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki,) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir".
(Ar Rum :21)

Berapa ramai manusia yang menolak perkahwinan fikiran dan hatinya tidak berasa tenang, tiada teman untuk dikongsi masalah? Tidak dapat merasakan hubungan halal antara lelaki dan wanita melalui jalan perkahwinan? Fikiran sentiasa runsing dengan masalah-masalah yang tidak terluah yang mengegarkan jiwa dan fikiran, perasaannya tertekan, kemurungan lalu membawa kepada perasaan malu dan pesimis.

Perkahwinan meluaskan persaudaraaan dan membina prinsip kerjasama.

Sebelum perkahwinan - kita akan fikir untuk hidup buat diri sendiri sahaja. Kurang bertanggungjawab dan kematangan dalam pengurusan hidup. Solat bersendirian, berdoa, tawa dan tangis juga berseorangan.

Sebelum berkahwin - tidak banyak ilmu yang ditimba untuk menjadikan diri sebagai individu Muslim yang dapat menjalankan tugas sebagai khalifah yang lebih sempurna. Kita tidak kenal istilah suami dan isteri, ibu dan bapa serta anak. Tidak juga mengetahui apa itu munakahat yang menyentuh tentang bab kekeluargaan seperti talaq, khuluq, hadonah (hak penjagaan anak), aqiqah dan sebagainya. Maka dengan jalan perkahwinan menjadikan diri bersiap sedia dengan ilmu untuk menguruskan sebuah keluarga. Seorang suami sebagai imam solat dan pemimpin, isteri sebagai teman dan pendokong kepada suaminya di kala susah dan senang.

Isteri akan membantu suami di dalam urusan seharian, makan pakainya, tempat tinggal dan anak-anak. Suami pula akan bersama di dalam mencari rezeki yang halal, mempertahankan, melindungi dan memelihara kehormatan isteri.

Dengan jalan halal yang telah digariskan oleh Islam, daerah persaudaraan akan semakin meluas. Saling kenal mengenali antara sesama dua keluarga yang telah disatukan di atas jalan ini. Ia akan melahirkan suatu ikatan baru dan saling berkasih sayang antara satu dengan yang lain.

Carilah saluran yang halal, dengan jalan perkahwinan dapat menjamin kesejahteraan masyarakat, menyebarkan kebaikan, penjagaan akhlak serta pengekalan keturunan manusia.

"Dan kahwinilah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di antara kamu, dan orang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, ALLah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya, kerana ALlah amat luas (rahmat dan limpah kurnia-Nya), lagi amat mengetahui".
(An Nur : 32)

Hukum Memakan Haiwan Jallalah

Penulis : Ustaz Nazrul Nasir

Terima kasih kepada saudara yang bertanya tentang hukum memakan binatang yang makanan asasinya bersumberkan najis.Perkara ini sudah dibincangkan oleh para ulama terdahulu dengan terperinci.

Haiwan yang menjadikan najis sebagai makanan asasinya disebut sebagai الجلالة .Para ulama berbeza pendapat di dalam meletakkan takrif bagi Jallalah.

Maksud Jallalah

Menurut para ulama Hanafiyah radhiyallahu anhum: Jallalah adalah merupakan binatang yang hanya menjadikan najis sebagai makanan asasinya tanpa memakan makanan yang lain.Bau dagingnya juga akan berubah disebabkan pemakanannya yang sedemikian.

Manakala para ulama Malikiyah, Syafieyah dan Hanabilah radhiyallahu anhum pula berpendapat bahawa maksud jallalah ialah binatang yang selalunya menjadikan najis sebagai makanannya tetapi turut memakan makanan yang lain selain daripada najis.

Hukum Memakan Jallalah

Para ulama Malikiyah seperti yang disebutkan di dalam kitab Syarhul Kabir dan Bidayatul Mujtahid mengharuskan untuk umat Islam memakan Jallalah.

Para ulama Hanafiyah, Syafieyah , Imam Malik sendiri, dan al-Imam Ahmad di dalam salah satu pendapatnya mengatakan bahawa hukumnya adalah makruh untuk dimakan.Makruh di sini menurut al-Syeikh Dr Muhammad Zuhaili seperti yang disebutkan di dalam kitabnya al-Mu’tamad fi Fiqh al-Syafie adalah merupakan Makruh Tanzih.

Manakala para ulama Hanabilah mengharamkan daging jallalah untuk dimakan.Ini seperti disebutkan di dalam kitab Kasyful Qhina’ dan al-Mughni li Ibn Qudamah al-Maqdisi.

Bagaimana boleh berlakunya khilaf di dalam permasalahan ini?

Seseorang yang mempelajari ilmu perbezaan pendapat di kalangan para ulama tidak akan memandang perkara ini sebagai sesuatu yang janggal.Malah ikhtilaf @ perbezaan pendapat di kalangan para ulama itu sendiri merupakan satu rahmat daripada Allah taala kepada makhlukNya di muka bumi.

Kesemua para ulama berbeza pendapat berdasarkan pemahaman mereka terhadap hadis Baginda sallallahu alaihi wasallam yang berbunyi :

نهى النبي صلى الله عليه و سلم عن أكل الجلالة و ألبانها

Maksudnya: Baginda sallallahu alaihi wasallam melarang seseorang tersebut daripada memakan daging Jallalah dan susunya.

Hadis ini diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad bin Hanbal, al-Imam Abu Daud dan al-Imam Tirmizi rahimahumullahu taala.

Para ulama Hanabilah mengambil berdasarkan zahir hadis tersebut dengan meletakkan setiap larangan tersebut maka ianya memberi maksud haram.

Manakala para ulama yang lain meletakkan bahawa larangan di sini bukanlah bermakna haram secara mutlak malah ianya hanya menunjukkan larangan yang membawa maksud makruh sahaja.

Adakah terdapat cara untuk membersihkan Jallalah ini?

Para ulama meletakkan tempoh tertentu untuk membersihkan Jallalah ini dengan cara memberikan makanan yang baik dan bukan najis kepada Jallalah ini.

Menurut para ulama Hanafiyah : Jika daging binatang tersebut telah bertukar baunya disebabkan pemakanan sedemikian maka jika binantang tersebut kecil seperti ayam perlulah diberikan makanan yang baik selama 3 hari sebelum boleh diproses untuk dimakan.Manakala kambing pula perlu untuk dikuarantinkan selama 4 hari dan lembu serta unta perlulah dikuarantinkan selama 10 hari .

Menurut para ulama Syafieyah : Binatang seperti ayam perlu dikuarantinkan selama 3 hari.Binatang seperti kambing perlulah dikuarantinkan selama 7 hari , manakala unta dan lembu perlulah dikuarantinkan selama 40 hari.

Menurut para ulama Hanabilah: Binatang seperti ayam erlu dikuarantinkan selama 3 hari ,manakala unta ,lembu dan sebagainya perlulah dikuarantinkan selama 40 hari.

Al-Imam Ahmad Ibn Hanbal rahimahullah berpendapat mengatakan bahawa binatang hanya perlu dikuarantinkan selama 3 hari sahaja sama ada jenis burung dan sebagainya.

KESIMPULANNYA

Setelah kita meneliti pendapat para ulama di atas maka jelaslah kepada kita bahawa jumhur para ulama berpendapat bahawa daging haiwan Jallalah hanyalah makruh sahaja.Hanya para ulama Hanabilah sahaja yang berpendapat mengatakan bahawa ianya Haram dimakan.

Penduduk Malaysia beramal dengan Mazhab al-Imam Syafie radhiyallahu anhu maka tiadalah permasalahan yang besar padanya.Hukumnya jelas makruh sahaja.Bagi mengelakkan perkara tersebut menjadi makruh maka lakukan sepertimana yang telah disebutkan oleh para ulama iaitu dengan dikuarantinkan selama tempoh tertentu.

Jika ikan keli maka kita berpendapat ianya sama hukum seperti ayam.Maka tempoh kuarantinnya juga adalah selama 3 hari.Maka di dalam tempoh tersebut ikan tersebut perlulah diberi makan dengan makanan yang halal dan bersih.

Sebaiknya, bagi para peniaga mengelakkan menggunakan makanan yang haram untuk sumber pemakanan binatang tersebut.Bagi para pembeli pula perlulah berhati-hati di dalam memilih makanan yang hendak dimakan kerana ianya akan menjadi darah daging kita kelak.

Wallahu a’lam.

Rujukan

1. Fiqh al-Islami wa Adillatuhu oleh Syeikh Dr Wahbah Zuhaili hafizahullah jilid ke 4 mukasurat 2597-2599 cetakan Darul Fikr Dimasyk

2. Al-Mu’tamad fi Fiqh al-Syafie oleh Syeikh Dr Muhammad Zuhaili hafizahullah jilid ke 2 mukasurat 558-559 cetakan Darul Qalam Dimasyk

Selasa, 15 Disember 2009

aku sayang Allah

Besiar diteluk cempedak

Besiar diteluk cempedak

Cari Blog Ini

Powered By Blogger

Pengikut

Mengenai Saya

Foto saya
kota baru, kelantan, Malaysia
lahir dikampong jabi besut trengganu 47 tahun lalu (1961).Dibesarkan dikampong langgar kota bharu kelantan.pendidikan awal sek.rendah sultan ismail(1) ,sekolah menengah sultan ismail,sekolah menengah kota baru,melanjut pelajaran kemahiran eletrik di pusat latihan belia dusun tua ulu langat selangor dan kompetensi eletrik diinstitut latihan sultan ahmad shah tenaga nasional berhad kajang selangor.Sudah beristeri faridah bt mohd salleh bertugas sebagai guru dan mempunyai 10 orang anak.Berpengalaman dalam bidang eletrik kuasa selama 24 tahun,sekarang bertugas dihospital raja perempuan zainab (2) kota baru sebagai chargeman eletrik (radicare\fems).

1111111.gif

selamat tahun baru


Salam satu malaysia

56funny-pictures45265.jpg
66funny-pictures52.gif

adik

adik

islam3.gif

yee dan pak su

yee dan pak su

cek su dan keluarga

cek su dan keluarga

tok haji

tok haji

Zarith

Zarith

Ezuden

Ezuden

Isteri dan anak

Isteri dan anak